Rabu, 5 Disember 2012

Umno Pembela Agama Bangsa Negara Dahulukala


Umno Lenggong nak menang pilihanraya umum (PRU 13) sepertimana Tun Dr Mahathir menjatuhkan lawannya, dengan menyerang peribadi Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Disitu, berbagai fitnah buruk (liwat) yang ditimbulkan oleh mentor Umno 1 Malaysia yang langsung tidak masuk akal dan akhirnya didapati oleh mahkamah DS Anwar tidak bersalah pada zaman Najib Razak.

Tidak ada didalam sejarah kepimpinan negara didunia, samada negara maju atau negara membangun yang menyerang pihak lawan dengan menggunakan senjata 'JUBUR.' (Maaf sekiranya bunyinya tak sedap didengar atau diungkapkan. Tetapi, fitnah sebegini terlalu jijik untuk ditujukan terhadap pemimpin Islam oleh Seorang pemimpin Umno yang mengatakan Malaysia Sebuah Negara Islam.)

Kini, keadaan fitnah yang lebih kurang sama telah berlaku didaerah kecil Lenggong ketika rakyat sedang menanti-nantikan tarikh pilihanraya. Yang tak sama ialah isunya yang berbeza.

Ketika PAS sedang hebat memberi tawaran Pakatan Rakyat melalui manifesto Buku Jingga dan beri kesedaran agama, membongkar isu penyelewengan serta rasuah pemimpin-pemimpin Umno kepada masyarakat pengundi, Umno seperti langsung tidak punya hala tuju untuk memberi tawaran yang lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat.

Apa yang mereka pandai atau tahu buat ialah menghantar surat fitnah. Bolehkah anda nilaikan mentaliti pemimpin Umno disini? Bolehkah anda lihat usaha yang dilakukan Umno untuk meyakinkan masyarakat pengundi tentang halatuju mereka sekiranya diberi kuasa untuk sepenggal lagi???

Sudahlah.... Umno akan tumbang tak lama lagi... Umno Lenggong ketandusan pemimpin yang berwibawa, ini semuanya angkara dari kejahatan fitnah yang tidak dibenarkan oleh Agama Islam.

Benarkah Umno nak jadi pembela Agama???... Sebenarnya Islam tidak menghalalkan fitnah surat layang terhadap sesiapapun,  samada orang Islam ataupun bukan Islam. (Pembela Agama jenis apa kalau asyik jadi penaja fitnah.)

Benarkah Umno Pembela Bangsa???... Kalau betul nak bela orang malayu, kenapa hanya orang Umno sahaja yang diberi perhatian??? Saarani selalu berucap; "Kalau orang dacing datang minta bantu, kita beri, kalau orang yang belum pasti menyokong dacing, kita letak tanda soal, (tanya pengerusi JKKK dulu,) kalau pembangkang, kita pangkah terus..." (Black List la tu.) Apa ke jadahnya pembela melayu macam ni...???

Benarkah Umno Pembela Negara???... Kenapa harta negara ni berpindah ketangan negara asing???... tanah Tanjung Pagar, Pulau Batu Puteh berpindah ketangan Singapura, sumber minyak blok L & M beri kepada Brunei. 

TOK KETUA JALI: Aksi Kuat Bodek.....
Suruhlah orang Lenggong Angkat kamu jadi Calon  MCA.
Usah dok menjatuhkan martabat orang pakai jubah...
Kamu reti dak...???
Cukuplah Umno..... MCA hina Islam langsung tak diambil peduli, kenapa ye??? Ramai sangat ke orang MCA di Lenggong ni yang dok sokong Umno??? Sehingga nak bantah MCA  hina Islam pun takut sangat macam takde telor....

Ni aku nak korang tengok video Umno Pembela Melayu. Kononnya, kalau Umno  kalah, orang melayu dapat susah. Cehhh... Rakyat miskin ni anak saudara YB Lenggong jugak ni..... 

Korang orang Umno, korang carilah jawapan siapa yang dimaksudkan oleh pengadu ni... klik sini

Takdak Umno melayu lebih terjamin...... Porahhhhh Umno..... 










2 ulasan:

  1. Aku dengar cakap 2 orang lgg, ladang teh yang cina dapat tu, nketua kg.lgg tu ada dapat habuan jugak, betui ke....

    BalasPadam
  2. Klo dah busuk mnde tu umno la tu.....

    BalasPadam